Thursday 8 September 2022

SESI BERINAI

 Beberapa minggu yang lepas, rasanya macam trend atau viral pasal inai. Instant inai. Antara inai yang diviralkan ialah Nunha, Inai Che Ta, Inai Republic dan lain lain.

Mula bagitau kat encik suami boleh dak nak pakai inai inai ni? Dia cakap boleh tapi pastikan real inai, tidak bercampur bahan lain, meresap dalam kuku dan bukan pewarna.

Perkara ni penting sebab kita nak solat kan? jadi mesti kena telus air.

So Dila pun start la search and baca pasal inai-inai ni dan bahan- bahan serta feedback. Fatwa dari mufti semua laa setakat yang Dilla tahu.

Akhirnya Inai Republic yang Dila pilih sebab berdasarkan dari feedback customer dan gambar-gambar, inai ni telus air dan akhir dia memang warna inai macam inai pokok tu.

Tunjuk kat encik baba so dapat approval. 



Ni Code Brown. Lepas Peel Off.. nice kan

Inai ni sebelum nak sapu dia, wajib untuk kita guna Buffer dia dulu untuk cuci dan ratakan segala cutical kat kuku. Kalau tak nanti, warna jadi tak sekata. Ada yang terang ada yang light.

Sapuan inai pada kuku ni, kalau nak dapat hasil yang cantik Dila advice sapu 4x. Each time sapu tu biar kering, lepas tu sapa.

Sebab apa Dila cadangkan sapuan banyak kali? 
- Senang nak peel off
- Warna cantik dan sekata
- Lama sikit warna ada pada kuku

Lepas siap peel off boleh buff untuk kilatkan dan sapu serum yang disediakan sekali. 


Ni pakej Merdeka.

Tapi masa Dilla beli ada promo lain sekali dapat 2 warna inai, Maroon dan Brown, Buffer and serum.

Boleh laa hangpa try. Nak sapu pun senang sebab dia ada brush dia. Tapi kalau jenis suka celup pun boleh. ada jugak pakej sekali mai dengan bekas celup. 



Selamat bercantik cantik πŸ’…













Friday 26 August 2022

BENTO - Pertama Kali oleh Mama Dilla

Bentō adalah istilah bahasa Jepun untuk makanan bekal berupa nasi dan lauk-pauk dalam bungkusan praktikal yang boleh dibawa dan dimakan di tempat lain. 


Sebelum ni kita biasa dok sebut bekai makan ja la kan. Tapi nak bagi macam best sikit Dila pun suka juga sebut Bento ha ha ha.

Rupanya dalam tak sedar, Dila memang dah start buat bekal ni sejak anak sulung Dilla, Asyraf Rifaie kecik, sebab kena sediakan makanan dia ke pengasuh.

Masa Asyraf Rifaie masih baby Dila akan siapkan Puree, dan bila dah besar baru la start makanan lain.



Gambar Ihsan Google


Kisah bekal atau bento ni berlanjutan sehingga ke adik adik si Asyraf. 

Now Mama dah semakin terer uii. Dah belikan specific bento box untuk depa ni bawa ke sekolah.

Ni 1st Bento atau bekal Mama Dilla buat untuk anak anak.



Mee Hailam


Menu pertama ialah Mee Hailam and homemade chicken pop corn.

Mee Hailam ni Dila masak menggunakan Thermomix (TM6) yang Nordiana jual. Boleh laa dapatkan advise dari dia sebab dia sejenis tak paksa orang beli tapi bagi kita faham kelebihan. So kita decide laa nanti bila sesuai untuk kita πŸ’–

Untuk mak-mak yang busy, tapi masih nak siapkan bento anak anak boleh ja nak consider beli gajet ni seketui.



Thermomix (TM6)


Gajet ni boleh beli cash atau installment. For me, sangat memudahkan and banyak kot resepi yang Dilla tak terer, tapi bila guna TM6 jadi terer ha ha ha ha. 


Perkara paling risau untuk kita mak mak ni mesti kelam kabut di waktu pagi kan. Dah masak nak kena kemas dan lap lagi kan. Tapi ada TM6 ni dia ada self clean mode. Senang dan dapur tak berkecah.

TM6 ni pun kids friendly juga sebab arahan just tekan next ja ikut arahan mudah. 


Ok, kembali ke Bento

Dah siap semua Dila masukkan dalam lunch bag. Insyaallah bertahan sehingga lunch anak anak semasa di sekolah. Kadang kadang berbaki sampai ke petang. 


Andai kawan kawan ada cadangan bento box, lunch bag and resepi, boleh drop di comment ya.


Thank you in advance πŸ’
















Thursday 25 August 2022

HIERAKI DI COWAY - ALOR SETAR



 DST ORGANIZATION 

Hi, jumpa lagi pada siaran terbaru. Kali ni simple ja Dilla nak cerita sikit berkaitan organisasi atau hieraki di Coway Malaysia Sdn Bhd khususnya dalam organisasi Dream Sales Team (DST). 

Asasnya dalam Coway ni ada 3 pasukan laa senang cerita, yang akan handle order pelanggan. Tak termasuk department lain tau. Dila fokus yang berkaitan sales ja haaa.

Dream Sales Team (DST) ni di Coway kami ada boss boss besar tau.

Senior General Manager
General Manager
Senior Manager


SGM - Mr Wallace Lim


Bos besar terutama ialah Mr Wallace Lim - Senior General Manager (SGM). 
Memandangkan dia big boss yang mengemudi organisasi DST, jadi ofis beliau of course di KL, Headquarters di Menara Ilham.


Then kami ada General Manager (GM). Jawatan ni menarik sebab berapa ramai GM, ia merujuk kepada betapa banyak pasukan atau team Sales.


Dan Dilla berada dalam pasukan No 1 Malaysia #Nationwide #CSTeam. #Jiwa!Jiwa!Jiwa!




Dalam organisasi CSTeam ni pula ada dua orang GM yang tersangat la padu dan sangat dihormati oleh seluruh warga CSTeam. Dua orang ni dah memulakan karier di Coway seawal tahun 2007. Haa lama kan? 

Pendek kata depa ni la yang memulakan atau melahirkan organisasi CSTeam di Malaysia. 

Mereka dikenali sebagai GM Ahmad Lotfi dan GM Saiful Izzam.

Kedua-duanya juga berada di KL.



                                                    GM Ahmad Lotfi di WSO Cheras.



GM Saiful Izzam di WSO Permaisuri.


Memandangkan Dila di Kedah, so of course reporting office di WSO Alor Setar and boss kat sini pun best oiiii.


Ada 3 Senior Manager tau yang mengemudi WSO Alor Setar. Yang mana depa 3 orang ni juga merupakan TOP SM di dalam organisasi CSTeam.



SM Fikri Rais
Antara orang pertama yang membuka CSTeam #NorthernHub




SM Ahmad Ridzuan




SM Aznor Aziz



Dan kat sini Dila dan para manager sentiasa bersedia untuk bantu semua Health Planner (agen) dalam kami membina kerjaya dan menguruskan semua order pelanggan.

Hope you all enjoy and dapat sesuatu berkaitan organisasi Coway ya. See you in the next post πŸ’—


Adilla Zainudin
Coway Health Manager


Masa mula Dila join Coway, Dila tak punya impian yang besar pun tau.

Why? Kerana Dila ketika itu masih seorang Peguambela dan Peguamcara yang punya firma guaman sendiri iaitu Tetuan Adilla Zainudin & Co πŸ‘©πŸ»‍πŸ’Ό Jadi fokus Dilla masa tu memang untuk jaga firm.

Jadi, Dilla join sekadar join. Tapi sebab Manager tak pernah putus asa, suami Mohamad Zaki Hamid tak pernah stop support , kawan kawan team sentiasa membakar, sahabat sahabat, maka perlahan lahan Dila cari BIG WHY supaya… 
See more



Mama : Ayyash, boleh tolong bukak pagaq dak macam selalu?

Ayyash : ooooo boleh saja (sambil lompat laju laju dia turun dari kereta)
Mama : (sambil pandang depan kereta, kalih sikit ja, kalih semula ayyash tak dak) aikk?? Ayyash???
Ayyash : mama… (sayup jaa dengar)
Mama : Ayyash uiii mana pi
Ayyash : ni haaaa dalam longkang (dia habaq sambil dia gelak gelak)
Mama : πŸ˜‚πŸ˜‚ (laju laju kluaq sambil tergelak) ya rabbi adik oiiii macam mana boleh jatuh?
Ayyash : ha ha ha sebab ayyash laa salah pijak hujung pagaq ni pastu jatuh. Mama angkat aaa cepat
Mama : πŸ™ˆπŸ™ˆπŸ˜‰πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

*longkang tu kecik ja, ayaq pun sikit ja tapi ayaq kaler hitam 🀣
*gambar selepas cuci dia marah sebab mama suruh bukak seluaq nak cuci hahahahaha

May be an image of 1 person, child and standing
Nurfarah Shazwani, Normi Zakaria Normi and 31 others
21 comments
Like
Comment
Share

BENTO - Khamis Petani Berehat

 Everyday is a new day, and you’ll never be able to find happiness if you don’t move on.

Good Morning
May be an image of food
Nurfarah Shazwani, Normi Zakaria Normi and 47 others
31 comments
Like
Comment
Share

SESI BERINAI